Kau agak kasar dan keras pabila di darat.
Kau tidak kenal kepadaku di darat.
Kau adalah besi yang utuh lagi dingin di darat.
Namun, bila kau di laut, kau sunyi. Dan kau mencari aku...
Betapa aku bodoh.
-setiakasih-
Khamis, 11 April 2013
Ahad, 17 Februari 2013
Catatan untuk Dang Setia - To Kill the Time
Salam Dang,
Kau gusar aku tidak makan tengahari.
Aku senyum dan kukatakan aku harus jaga badan yang kacak ini.
Kau risau aku makan sotong banyak, ya?
Hihihi... aku tahu tinggi kolestrol tapi itulah aktiviti atas kapal yang aku boleh lakukan to kill the time.
Aku juga main ping-pong. Eh... jangan gelakkan aku Dang. Aku pernah menang pertandingan tau.
Kami bet atas duit. Medal itu permainan budak-budak sekolahlah, Dang.
Dang,
Aku telah beli kereta. Kau suruh aku beli satu kan?
Evoque. Sounds ok?
Aku takut aku jadi sombong dan riak pula sebenarnya.
Tapi aku akan tukar ia jika ia merubahku. Bolehkan?
Merah atau perak?
Asalnya aku pilih merah, tau kau suka Perak, kan?
Ok, Peraklah. :)
Malam pertamaku dengannya, denganmu. Indah.
Dang,
Ya aku tahu, kita tidak mungkin bersama.
Ini... semua... to kill the time.
-budi-

Catatan untuk Dang Setia 7
Salam Dang Setia,
Apa khabarmu?
Aku rindu kamu.
Bicaralah kepadaku.
Aku menunggumu.
Jangan malu menegurku.
Angkatlah mukamu.
Lihatlah aku.
Pandang mataku.
Ucapkan rindumu.
Kepadaku.
budi
Apa khabarmu?
Aku rindu kamu.
Bicaralah kepadaku.
Aku menunggumu.
Jangan malu menegurku.
Angkatlah mukamu.
Lihatlah aku.
Pandang mataku.
Ucapkan rindumu.
Kepadaku.
budi
Catatan untuk Dang Setia 9
Salam kasih buat Dang,
Ucapkanlah tahniah kepadaku Dang.
Aku telah mendapat anugerah dalam bidangku... dan kedua, aku telah mendapat cintaku.
Dang,
Doakanku.
Aku terlalu inginkan teman. Aku tak mampu memilikimu. Aku perlukan seseorang untuk melupakanmu.
Dang,
Restui aku.
Budimati.
14.2.2013

Selasa, 3 November 2009
Catatan Untuk Dang Setia 8
Salam hormat Dang Setia,
Lama kita tidak bicara. Tiga bulan yang penuh sengsara. Aku rasa. Kali terakhir pada Julai lepas.
Apa khabarmu, Dang Setia?
Banyak perkara yang aku fikirkan. Selama aku di laut. Terpisah dari dunia.
Tapi lebih tragis, terpisah daripada kamu.
Terima kasih atas keprihatinanmu menghantar pesan lewat maya ke kapalku.
Maafkan aku tidak membalas pesanmu.
Dang Setia,
Berbulan-bulan aku sunyi. Pesan daripadamu, meruntun hati.
Aku tidak sanggup kubalas. Kalau aku balas, aku pasti luluh.
Hairan?
Lelaki seperti aku tampak perkasa di luar tapi aku mudah lembut hati pabila tersentuh nur setia kasihmu.
Kalah.. aku mengalah di tanganmu.
Jemari yang lentik menulis puisi cinta itu sememangnya ingin aku kucup dan hela harumnya.
Arghh... kenapa kau terlalu setia kepada aku?
Kenapa kehadiranmu beri kesan yang sangat besar di hatiku?
Kau adalah ikatan yang aku ingin jauhi.
Pasti aku akan ... kedinginan... mati...di laut maha sunyi ... akibat rindu kamu. Terlalu.
Adakala aku rasa aneh...[Kenapa yang persoalan hari ini penuh dengan kata aneh dan kehairanan...? :) ]
Ya aneh, kenapa kita mesra sedang lama tidak bersua muka cuma hati dan jiwa berbicara?
Mungkin jiwa aku sungguh dekat dengan kamu dan kau merapat kepadaku.
Sentuhan kejiwaan itu sering buat aku hangat dalam kedinginan di pelayaran.
Mungkin aku melihat kamu dan aku melihat masa remajaku dan masa silamku yang penuh dengan harapan menggunung dan keperluan yang mendasar.
Aku masih ingat,
kau hadir kala aku ditimpa celaka. Kau belai jiwaku yang lara tika hancur dibadai ombak raksaksa. Yang menarik pondokku ke dalam laut dan menenggelamkan seluruh hidup dan impianku bersamanya.
Dan kala itu kau ada. Tetap ada untuk aku.
Tapi kenapa aku begitu bodoh sekali tika itu tidak langsung mensyukuri keberadaanmu, kesetiaanmu dan kasih tulusmu... hingga sekarang Dang Setia, aku termanggu.
Memikirkan hala tujuku dan namamu cuma mampu kusemat dalam jiwa yang bergelora.
Dang Setia,
Merindui kamu umpama fitrah kejadianku.
Kenapa kita berjumpa dan berpisah tanpa apa-apa kata yang sempurna?
Terima kasih kerana kau tidak pernah luahkan kesal menyintaiku.
Aku juga tidak pernah kesal mengenalimu.
Aku telah kehilangan kamu lewat waktu. Namun, aku tidak mahu kehilangan kamu lewat ikatan sahabat paling akrab. Kau telah mengenali sudut hidupku yang paling hitam dan aku tiada apa yang mampu disembunyi daripada kamu. Gerak hatimu amat kuat, itu kehebatanmu dan kelemahanku.
Dang Setia,
Andaikata maut itu memanggil aku dan tiada kau dengar berita dariku, maka janganlah kau bersedih.
Berjumpa kita di syurga nanti, ya.
Aku hanya mampu mengimpikan kamu lewat igauan paling indah dan menenangkan.
Mimpikan aku... walau hanya sesaat.
Dan aku pasti mimpikan kamu seluruh hayat. Jaga diri!
ikhas
Budi
.................................................................

Langgan:
Catatan (Atom)
Jurus hati
bitara cintaku
(1)
BUDIMATI
(1)
Catatan luka
(1)
Catatan untuk Dang Setia
(10)
Catatan untuk Maya
(27)
Diariku
(1)
HARAPAN
(1)
Koleksi kesukaanku
(1)
RINDU
(1)
SEMANGAT
(1)